Thursday, December 30, 2010

Hari Raya Aidiladha 2..


Dalam perjalanan..
“Ko tau x cmna nak solat sunat raya haji ni?”
“tak tau..”
“ko tak tau?aku pun xtau..aku x penah ag g solat sunat raya haji..solat sunat hari raya pun aku jarang pegi nie..”
“ko ingat aku cmna?sama la..”
“tu r..mcm biasa,pompuan sllu duk umah je pagi raya..jarang nak g masjid sbb nak prepare itu ini..”
“sama la tu dgn aku..”
“abes tu,cmna nie..xpe,pegi je la..”

Kelihatan wajah adik2 yg sering bersama mengimarahkan surau yg disayangi itu.. tak ramai muslimat golongan guru pelatih seperti kami..yang ada adalah makcik-makcik dan anak-anak mereka dari kejiranan sekitar IP..itupun masih tak ramai..
“Adik tu ada..”,desir hatiku.

“Tu,g r tanya dia..cmna nak solat sunat raya nie..” cadangan sang sahabat yg ku kira seperti arahan agar aku cepat dapatkan cara untuk laksanakan solat sunat itu.
“Eh,xmo la..maluuuu...hehehehehe..”,aku menjawab dengan tersengih2.
Laungan takbir masih bergema.Aku dan sang sahabat duduk bersebelahan sang adik.Terlebih dahulu aku bersalaman dan memeluknya..
“Bila flight balik kg?”tanya aku pada sang adik.
“Tak sure ag akak..”jawab sang adik.
Kami pun diam sambil bibir terkumat kamit mengucap takbir.Hatiku sedikit gemuruh memikirkan kaifiat solat sunat yang bakal dilaksanakan sebentar lagi.Ku lihat wajah sang sahabat.Wajahnya juga menggambarkan hal yang sama.Tiba-tiba,laungan takbir berhenti.Sang ustaz memberikan sepatah dua kata sebelum solat sunat dijalankan.Setelah beberapa ayat menuturkan salam kesyukuran,sang ustaz berkata..
“..kaifiat solat sunat hari raya aidiladha ialah...”
Dengan serentak,aku berpandangan dengan sang sahabat..masing2 menuturkan senyuman yang hanya diri kami sahaja yang tahu makna tersirat.Sambil menadah tangan,bibir kami mengucap syukur yang teramat sangat..alhamdulillah! Segala puji hanya bagi-Mu Ya Allah!
Oleh kerana jemaah yang sedikit,dua saf sahaja yang terbina..aku dan sang sahabat mengambil tempat pada saf yang kedua,berdiri bersebelahan..
‘”Sahaja aku solat sunat aidiladha 2 rakaat mengikut imam tunai kerana Allah Taala..”
Allahu akbar..
*************************************************************************************************
Hatiku menjadi sayu..terharu dengan kebesaran Tuhan Yang Satu..Ya Allah,betapa jahilnya hambaMu ini..betapa ruginya daku..betapa daifnya daku..airmata seakan hendak mengalir laju..namun mata cuba bertahan agar x melepaskan titisan airmata itu..jatuh berderaian di situ..Syukurnya aku Ya Allah..atas segala nikmat yang telah Engkau berikan..Pandanganku kabur..airmata penuh bergenang..suatu penyesalan bercampur kesyukuran terbuku di dalam dada..
Penyesalan..tentang kedaifan diri sebagai hambaNya..airmata itu tandanya..
Kesyukuran..tentang peluang dan kasih sayang yang dianugerahkanNya..airmata itu tandanya..
Ku cuba seka airmata itu dengan rasa kesyukuranku..hatiku gembira kerana masih diberi peluang dan kesempatan..merasa nikmat menjadi hambaNya..
*************************************************************************************************

To be continue..

Ku hamparkan..
Seluruh isi taman hatiku..
Semaian rasa syukur atas segala nikmat-Mu..
Betapa besarnya anugerah..
Menjadi hamba pada Sang Pencipta..
Berbekal segala doa dan usaha..
Menghampar seluruh jiwa..
Mencapai mardhatillah.. 
Agungnya kebesaran-Mu Ya ALLAH!