Thursday, December 30, 2010

Hari Raya Aidiladha 2..


Dalam perjalanan..
“Ko tau x cmna nak solat sunat raya haji ni?”
“tak tau..”
“ko tak tau?aku pun xtau..aku x penah ag g solat sunat raya haji..solat sunat hari raya pun aku jarang pegi nie..”
“ko ingat aku cmna?sama la..”
“tu r..mcm biasa,pompuan sllu duk umah je pagi raya..jarang nak g masjid sbb nak prepare itu ini..”
“sama la tu dgn aku..”
“abes tu,cmna nie..xpe,pegi je la..”

Kelihatan wajah adik2 yg sering bersama mengimarahkan surau yg disayangi itu.. tak ramai muslimat golongan guru pelatih seperti kami..yang ada adalah makcik-makcik dan anak-anak mereka dari kejiranan sekitar IP..itupun masih tak ramai..
“Adik tu ada..”,desir hatiku.

“Tu,g r tanya dia..cmna nak solat sunat raya nie..” cadangan sang sahabat yg ku kira seperti arahan agar aku cepat dapatkan cara untuk laksanakan solat sunat itu.
“Eh,xmo la..maluuuu...hehehehehe..”,aku menjawab dengan tersengih2.
Laungan takbir masih bergema.Aku dan sang sahabat duduk bersebelahan sang adik.Terlebih dahulu aku bersalaman dan memeluknya..
“Bila flight balik kg?”tanya aku pada sang adik.
“Tak sure ag akak..”jawab sang adik.
Kami pun diam sambil bibir terkumat kamit mengucap takbir.Hatiku sedikit gemuruh memikirkan kaifiat solat sunat yang bakal dilaksanakan sebentar lagi.Ku lihat wajah sang sahabat.Wajahnya juga menggambarkan hal yang sama.Tiba-tiba,laungan takbir berhenti.Sang ustaz memberikan sepatah dua kata sebelum solat sunat dijalankan.Setelah beberapa ayat menuturkan salam kesyukuran,sang ustaz berkata..
“..kaifiat solat sunat hari raya aidiladha ialah...”
Dengan serentak,aku berpandangan dengan sang sahabat..masing2 menuturkan senyuman yang hanya diri kami sahaja yang tahu makna tersirat.Sambil menadah tangan,bibir kami mengucap syukur yang teramat sangat..alhamdulillah! Segala puji hanya bagi-Mu Ya Allah!
Oleh kerana jemaah yang sedikit,dua saf sahaja yang terbina..aku dan sang sahabat mengambil tempat pada saf yang kedua,berdiri bersebelahan..
‘”Sahaja aku solat sunat aidiladha 2 rakaat mengikut imam tunai kerana Allah Taala..”
Allahu akbar..
*************************************************************************************************
Hatiku menjadi sayu..terharu dengan kebesaran Tuhan Yang Satu..Ya Allah,betapa jahilnya hambaMu ini..betapa ruginya daku..betapa daifnya daku..airmata seakan hendak mengalir laju..namun mata cuba bertahan agar x melepaskan titisan airmata itu..jatuh berderaian di situ..Syukurnya aku Ya Allah..atas segala nikmat yang telah Engkau berikan..Pandanganku kabur..airmata penuh bergenang..suatu penyesalan bercampur kesyukuran terbuku di dalam dada..
Penyesalan..tentang kedaifan diri sebagai hambaNya..airmata itu tandanya..
Kesyukuran..tentang peluang dan kasih sayang yang dianugerahkanNya..airmata itu tandanya..
Ku cuba seka airmata itu dengan rasa kesyukuranku..hatiku gembira kerana masih diberi peluang dan kesempatan..merasa nikmat menjadi hambaNya..
*************************************************************************************************

To be continue..

Ku hamparkan..
Seluruh isi taman hatiku..
Semaian rasa syukur atas segala nikmat-Mu..
Betapa besarnya anugerah..
Menjadi hamba pada Sang Pencipta..
Berbekal segala doa dan usaha..
Menghampar seluruh jiwa..
Mencapai mardhatillah.. 
Agungnya kebesaran-Mu Ya ALLAH!



Thursday, November 25, 2010

Hari Raya Aidiladha 1..

Betapa kerdilnya diri hamba-Mu ini Ya Rahman..

Syahdu ku rasakan..
Tatkala diri menghadap-Mu Tuhan..
Hinanya diri ini..

Terasa..
Betapa ruginya..
Betapa bodohnya..
Betapa daifnya..
Hamba-Mu ini Tuhan..
Seandainya diri ini x ku gagahi..
Melangkah ke rumah-Mu..
Merai hari bahagia..
Merai kemenangan bersama..
Moga airmata yg mengalir..
Adalah tanda setulus rasa penuh keinsafan..


Bercerita ttg hari raya aidiladha..
Hati pernah bertanya..apakah sebenarnya sbb utk meraikannya?
Bukan kerana tidak tahu apa makna d sebaliknya..namun persoalan timbul tatkala hati mencari nilai aidiladha dalam jiwa..
Hati bertanya..apa sebenarnya yg perlu dilakukan? 
Bagaimana sebenarnya hendak meraikan hari bahagia ini?
Sama kah seperti hari raya aidilfitri?
Akal ligat mencari jawapan..

Ceritera :


Pagi yg indah itu..aku bangun..agak lewat mengerjakan solat subuh.Usai solat,hati berkira-kira.."nak pergi ke x ni...hmm"..Namun,kaki melangkah mengurus diri setelah menyiapkan pakaian yg hendak dipakai.."pakai jubah je la..mcm selalu..nk pakai baju kurung,bukan raya sangat pun..g surau je"
Ku dengar ada bunyi dr bilik sebelah..ku kira itu sahabatku.."dah bangun kot..ok la tu.."
sambil menyiapkan diri,ku memanggil nama sahabat smbil bertanya.."dah bangun ke?"..suara menjawab,"baru je bangun.." 
Hati berkata, " alamak,kalau baru bangun,lambat r ni..suara ustaz dah kedengaran bertakbir dr surau tu.."
Ku biarkan..sang sahabat pun cepat2 mengurus diri..
"Dah siap ke?".."Belum..xda wat pa gak kan kat surau?"..
"Ada,bertakbir..pastu solat sunat hari raya.."
Hati ku sedikit geram krna jam dah menunjukkan waktu yg ku kira sudah agak lewat dr apa yg aku rancang..namun,aku tggu juga sahabatku itu kerana aku jarang sekali berenggang dgnnya jika hendak ke surau..
Mataku asyik mengarah ke arah jam tangan..sudah lewat ni wahai sahabat..x sempat kita bertakbir bersama jemaah lain..hmm..
Aku berdiri d tangga..cuba memikirkan perkara indah..geram ku tadi hilang tatkala bibir menguntum senyuman..ini hari bahagia..apa salahnya berkorban masa..bukan lari tempat yg di tuju itu..
"sahabat! dah siap ke?" aku bertanya dari luar pintu..
"Eh,ko tggu aku ke?"..masyaAllah! ku cuba mengukir senyuman.."Na'am wahai sahabat!"
Hatiku ketawa kecil..gembira sebenarnya kerana pagi itu aku berjaya memulainya dengan husnuzhon..setiap benda yg berlaku pasti ada hikmahnya..sahabatku itu tiada salahnya..mungkin aku yg lewat memberi kata muktamad ttg hajat hendak ke surau..atau aku yg lupa utk tolong mengejutkan dia pagi tadi..x mengapa..kerana dia sahabatku!

Siap!

Sang sahabat sudah siap.Dua pasang kaki bergegas melangkah ke surau..
Fuh..sampai akhirnya..hnya 3 minit aja utk sampai..
Jemaah muslimat kurang..ku kira ramai yg sudah pulang ke kg halaman..atau pulang ke rumah kerana hari itu hari cuti buat semua..
Ku lihat,50% darinya adalah org luar + pensyarah..ya lain adalah muslimat yg sentiasa wajah dan hatinya terarah pd rumah Nya..para muslimat@sahabat yg sntiasa berkongsi ilmu dunia akhirat..yg sama2 mendoakan kebahagiaan..menuju mardhatillah.. 
~To be continued..




 



 



 

Exam ag..

Salam..
Finally,dah abes exam..hehe..actually dah lebih seminggu dah pun.Ni pun dah kt kg..

I'm totally hepi sbb exam paper Pengajian Prasekolah dpt jawab dgn jayanya..hehe..a lot of thanx 2 Cikgu Moja and Daisy from IP T.Bainun,Perak sbb dah share soalan2..thanx 2 Kak Ebab from IP JB sbb dah bg soalan2 Ilmu Pendidikan kat dorg n dah share wit me..

1st of all..i'm feeling down coz of IP's paper..sampai nk study paper Prasek pun sempat ag main fb..byk ag buka fb dr baca buku..huhu..but i've focused on the questions,last minute pun sempat ag try hafal..alhamdulillah,byk soalan spot tu yg kuar..n i'm very satisfied!
Hilang rasa xda semangat sbb paper IP! Fuh..lega(^^)
Neway,tawakkal a'lallah..i've tried my best..

Moga result yg kuar nnt xla menghampakan diri ini(^^)

Diri manusia hanya mampu berusaha.. 
Berbekal dengan segala daya..
Setulus doa mengiringi jua..
 Tiada upaya melainkan Yg Maha Esa..
Hanya Dia yang menentukan segala.. 
InsyaAllah!



Tuesday, November 16, 2010

Preschool Teachers!


En.Sotong

Cik Obor-obor

Sebastian??

Mr.Willy

Miss Seahorse

Nemo ke?

Nama aku??

Eeheeemm2xx..
 Well..ni adalah lukisan untuk macro teaching Pendidikan Seni..hihi




Us!




Surprise besday party to Kimmie..after buka posa ramai2x..




Had enjoyed the time..

All the pains that we had been through..
We had shared happiness and sadness together..
 Something that we will bring along..
In our life..
Among the bestest and sweetest memories..

Friends..
Forgiveness..for things that had ever make u cried..
Appreciation..for things that had make u smiled..
Laughs that we had been shared together..
Hope it will be something that u will remember..
For all of us,happy friendship forever!!!

Gonna miss each of you..
All the best for our future!
Preshool Teacher(^^)
 

Saturday, November 13, 2010

Exam

Rasa malas menjalari diri..
Bila buka buku - mata melihat..hati membaca..pen digerak-gerakkan..
                             beberapa minit kemudian..
                             fikiran menerawang, jauh menyimpang..
                            akal menyedarkan..
                            bacaan diteruskan..
                            tiada satu pun yang tersimpan..
                           dalam otak fikiran..
                     
                           angkat tangan..
                           laptop pula dibukakan..
                           jari menekan-nekan..
                           mencari halaman..
                           yang menjadi tumpuan..
                          semua rakan taulan..
                          dan manusia bergelar insan..

dugaan nafsu sentiasa mampir..
walaupun detik semakin hampir..
sedarlah diri,jangan kau semakin terpinggir..
dan menjadikan matlamatmu hanya di sebalik tabir..

waa..
tiada kaitan dengan yang masih hidup atau yang dah pergi..
kecuali diri ini..


(^^)v


mood : sedikit 1/2~~~






                    
                    
                    

Salam ukhuwwah..

Bismillahirrahmanirrahim..


Salam ukhuwwah pembuka warkah..
Semanis bicara seindah kata..
Terdetik zahiriah,terluah lahiriah..
Moga sentiasa beroleh mardhatillah..
   
"Gersang bumi tanpa hujan..
Gersang minda tanpa ilmu..
Gersang jiwa tanpa ilmu..
Gersang hati tanpa iman.."

Assalamu'alaikum warahmatullah..
Ahlan wasahlan buat mereka yang singgah(^^)

Finally,this is my blog after yg 1st x  menjadi sbb x tau nak post apa..
Pas baca entry blog dear cuzzy,dapat ilham nak wat blog macamana..syukran jazilan(^^)v
Well..

Blog ini hanya untuk bacaan semata..
Bicara yang mungkin tiada makna..
Buat nukilan sang empunya..
Bermonolog dan bermujahadah.. 
Buat peringatan sepanjang masa..

Buat mereka yang singgah..ini untuk anda :


dalam kita melangkah..
kadang-kadang di uji dengan ujian 
yg terasa berat hingga kita terduduk dan menangis..
peritnya terasa..
tapi ketahui dan renungilah kembali ke dalam diri
kerana mungkin air mata itu hadir 
kerana DIA mahu kita menjahit kembali
sejadah iman yang kian terkoyak
lantaran ada langkah-langkah yang tersasar 
dari keikhlasan..
semoga tabah dan ditetapkan iman..

Together..strive for mardhatillah!