Thursday, November 25, 2010

Hari Raya Aidiladha 1..

Betapa kerdilnya diri hamba-Mu ini Ya Rahman..

Syahdu ku rasakan..
Tatkala diri menghadap-Mu Tuhan..
Hinanya diri ini..

Terasa..
Betapa ruginya..
Betapa bodohnya..
Betapa daifnya..
Hamba-Mu ini Tuhan..
Seandainya diri ini x ku gagahi..
Melangkah ke rumah-Mu..
Merai hari bahagia..
Merai kemenangan bersama..
Moga airmata yg mengalir..
Adalah tanda setulus rasa penuh keinsafan..


Bercerita ttg hari raya aidiladha..
Hati pernah bertanya..apakah sebenarnya sbb utk meraikannya?
Bukan kerana tidak tahu apa makna d sebaliknya..namun persoalan timbul tatkala hati mencari nilai aidiladha dalam jiwa..
Hati bertanya..apa sebenarnya yg perlu dilakukan? 
Bagaimana sebenarnya hendak meraikan hari bahagia ini?
Sama kah seperti hari raya aidilfitri?
Akal ligat mencari jawapan..

Ceritera :


Pagi yg indah itu..aku bangun..agak lewat mengerjakan solat subuh.Usai solat,hati berkira-kira.."nak pergi ke x ni...hmm"..Namun,kaki melangkah mengurus diri setelah menyiapkan pakaian yg hendak dipakai.."pakai jubah je la..mcm selalu..nk pakai baju kurung,bukan raya sangat pun..g surau je"
Ku dengar ada bunyi dr bilik sebelah..ku kira itu sahabatku.."dah bangun kot..ok la tu.."
sambil menyiapkan diri,ku memanggil nama sahabat smbil bertanya.."dah bangun ke?"..suara menjawab,"baru je bangun.." 
Hati berkata, " alamak,kalau baru bangun,lambat r ni..suara ustaz dah kedengaran bertakbir dr surau tu.."
Ku biarkan..sang sahabat pun cepat2 mengurus diri..
"Dah siap ke?".."Belum..xda wat pa gak kan kat surau?"..
"Ada,bertakbir..pastu solat sunat hari raya.."
Hati ku sedikit geram krna jam dah menunjukkan waktu yg ku kira sudah agak lewat dr apa yg aku rancang..namun,aku tggu juga sahabatku itu kerana aku jarang sekali berenggang dgnnya jika hendak ke surau..
Mataku asyik mengarah ke arah jam tangan..sudah lewat ni wahai sahabat..x sempat kita bertakbir bersama jemaah lain..hmm..
Aku berdiri d tangga..cuba memikirkan perkara indah..geram ku tadi hilang tatkala bibir menguntum senyuman..ini hari bahagia..apa salahnya berkorban masa..bukan lari tempat yg di tuju itu..
"sahabat! dah siap ke?" aku bertanya dari luar pintu..
"Eh,ko tggu aku ke?"..masyaAllah! ku cuba mengukir senyuman.."Na'am wahai sahabat!"
Hatiku ketawa kecil..gembira sebenarnya kerana pagi itu aku berjaya memulainya dengan husnuzhon..setiap benda yg berlaku pasti ada hikmahnya..sahabatku itu tiada salahnya..mungkin aku yg lewat memberi kata muktamad ttg hajat hendak ke surau..atau aku yg lupa utk tolong mengejutkan dia pagi tadi..x mengapa..kerana dia sahabatku!

Siap!

Sang sahabat sudah siap.Dua pasang kaki bergegas melangkah ke surau..
Fuh..sampai akhirnya..hnya 3 minit aja utk sampai..
Jemaah muslimat kurang..ku kira ramai yg sudah pulang ke kg halaman..atau pulang ke rumah kerana hari itu hari cuti buat semua..
Ku lihat,50% darinya adalah org luar + pensyarah..ya lain adalah muslimat yg sentiasa wajah dan hatinya terarah pd rumah Nya..para muslimat@sahabat yg sntiasa berkongsi ilmu dunia akhirat..yg sama2 mendoakan kebahagiaan..menuju mardhatillah.. 
~To be continued..




 



 



 

No comments:

Post a Comment