Showing posts with label Muhasabah diri. Show all posts
Showing posts with label Muhasabah diri. Show all posts

Saturday, December 31, 2011

Syafakillah..

 
please get well soon dear self..
mcmna nak mengajar cmni..
Ya Allah,smga apa yg aku terima ini adalah utk membersihkan dosa2 kecil ku..amiinnn..

Wednesday, June 22, 2011

Ubat Penyakit Takbur

Imam Al-Ghazali ada mencatatkan lima cara untuk mengikis sifat takbur dalam diri iaitu :

  1. apabila bersua dgn kanak-kanak,anggaplah dia lebih bersih dan mulia daripada kita kerana belum mempunyai dosa berbanding diri kita.
  2. apabila bersua dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia lebih lama beramal ibadah kepada ALLAH.
  3. apabila bersua dengan orang alim,anggaplah beliau lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang beliau ketahui tetapi kita belum mengetahuinya.
  4. apabila bersua dengan orang jahil,anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia melakukan dosa disebabkan kejahilannya,  sedangkan kita berdosa tetapi memiliki ilmu.
  5. apabila bersua dengan orang kafir, katakanlah dalam hati bahawa suatu hari nanti mungkin dia akan insaf dan memeluk Islam. maka semua dosa yang dilakukan sebelum Islam akan diampunkan oleh ALLAH SWT sedangkan kita yang telah Islam sejak lahir terus menerus melakukan dosa..banyak mana dosa dan pahala tidak mampu kita pastikan.
May ALLAH owez bless us!
strive 4 mardhatillah..

Thursday, April 14, 2011

Jauh dari-MU...

Ya Rabb..
terasa diri semakin jauh dariMU..
langkahku kini tak seperti dulu..
hambaMU ini sedar..
semakin longlai menujuMU..
lalai..alpa.dan leka..

aku merindui diriku yg dahulu..
terasa dekat padaMU..
selalu merintih dan mengadu..
melontar segala apa yg terbuku..

namun kini..
langkahku menujuMU semakin perlahan..
adakalanya solat pun x tentu..
sekejap d awal waktu..sekejap d akhir waktu..
tak konsisten..tak menentu..
sungguh alpanya diriku..
sungguh hinanya hambaMU ini..

adakalanya hati merintih..
dan berdoa penuh mengharap..
agar hidayahMU xkan hilang..
agar kasih sayangMU xkan kurang..
pada hambaMU yg penuh dosa dan khilaf..
dalam menuju keredhaanMU..

di satu sudut hati..
aku penuh mengharap..
agar hidayah dan kasih sayangMU..
sntsa mengingatkan diriku..
menyedarkan aku..
agar sntsa menjaga hatiku..akalku..imanku..
kuatkanlah aku..
untuk sntsa berusaha mencintaiMU..
sntsa dekat padaMU..
aku berdoa..
agar cintaku padaMU..
xkan berkurang..
xkan hilang..
dek kealpaan dan kelalaian..
pada dunia yang menawan..
segenap hati seluruh makhluk alam..

andai langkahku makin tersasar..
ku bermohon padaMU Ya ALLAH..
agar sntsa diberikan kekuatan..
terangkanlah hatiku..
lapangkanlah dadaku..
cergaskanlah fizikalku..
cerdaskanlah mindaku..
tetapkanlah imanku..

semoga Engkau tidak memalingkan hatiku setelah Engkau berikan hidayahMU..
AMIN YA ROBBAL 'ALAMIN...



kadang-kadang terfikir..
salah silap diri ini sebagai hamba padaNYA..
kadang-kadang menyesal..
bila memikirkannya..

tp sesal itu seketika..
hnya saat itu terasa malu teramat pada Sang Pencipta..
bagaimana dgn saat2 yg lain?
 andai hnya 1 saat punya waktu memikirkan hinanya diri pd pandanganNYA..
mana pergi 59 saat yang lain..
itu baru dlm seminit..
hitungkan berapa saat lupa padaNYA dlm sejam?sehari?
1 saat ingat padaNYA..
1 minit = 60 saat
1 jam = 60 saat x 60minit = 3600 saat
24 jam = 3600 saat x 24 jam = 86400

1 saat mengingatiNYA..baki 86399 saat dalam sehari..mana perginya...

Astaghfirullah al'azim..
hati hanya mampu beristighfar..memohon petunjuk..

Ya ALLAH..
perkara wajib dilaksanakan pun mcm neraca timbang..kejap ke kanan..kejap ke kiri..kejap ke atas..kejap ke bawah..
MasyaAllah!
apa lagi dgn perkara yg sunat..belum tentu terlaksana!
Ya Robb!
Hinanya hamba...............

~Monolog sang penulis~




Monday, April 4, 2011

Ragam manusia..

Subhanallah..

masa tunggu van nak balik dari sekolah tadi..sempat juga memerhatikan ragam murid2 sekolah dengan parents..
means,perhati ragam manusia yang pelbagai..

satu yg terlintas d hati..
bagaimana kuasa Yang Maha Esa telah menciptakan makhluknya bernama manusia..
sungguh agung ciptaanNYA..tak terungkap dengan kata2..
yg sy tahu saat itu,hati sy gembira..bersyukur atas segala nikmat yang telah ALLAH berikan pada kita yg bergelar hambaNYA..

sy perhatikan seorang ibu..
dari cerita,dia ibu tunggal..tiap hari htr n amik anak2 dia..dua2 perempuan..
hati terusik bila sang ibu mengucup dan memeluk anak sulung yang baru habis kelas..
kasih yg terpancar buat hati sy rs sejuk..
sgt sejuk..
sang anak pun mengucup tgn ibunya dan memeluk dgn penuh rasa kasih..

astaghfirullah..sblm ni bermacam perkara yg bermain d fikiran ttg sang ibu..
itulah sikap manusia sprt sy yg kdgkala berfikir negatif dulu,baru positif..

hari ini sy bertambah bangga kerana diciptakan sbgi seorang wanita..ehehe(^^)
terbayang masa depan nnt bagaimana..bila dah ada keluarga..htr anak2 ke sekolah..hihi!
well,suka berangan2 kan..xda salah(^^)v

parents skrg begitu sayangkan anak2 mereka..beg sekolah mereka yg tolong angkatkan..dulu2 x macam tu..hehehe! agkt sendiri walau berat mcmna pun..

i guess..among my siblings,my two little sisters --> Farzanah(14) n Firzanah(13) are the very lucky daughters of my mom coz since they were little sampai la skrg,they were owez be aside my mom..sntsa dgn mama..pergi sekolah selalu cium tgn mama n mom give her kisses..kdg2 c bongsu yg sllu bagi mom kisses..

i think..me,Seha n Nasrul dulu2 just salam je kot..ehehehe..and shame of me coz bila balik hostel,pas salam n cium tangan mama,she's d one who give me the kiss..not me! how could me!!!! mom,i'm so sorry..really truly sorry..bukan xnak cium pipi mama,tp anakmu ni malu..ehehehe.bukan malu nk cium pipi mama yg lembut itu,tp malu pd diri sndri..i really dont know why i have this feeling..
dulu dah penah crta2 wit my beloved sister Seha about this..she got the same feeling..
tp truly..honestly..we really love our mom! couldn't imagine our life without her..
airmata akan sntsa jatuh bila tetiba terbayangkan keadaan without mom..
baru terbayang dah sedih..bayangkan perasaan mereka2 yg dah kehilangan orang tua..ag sedih..waaa...

eh3x..mcm menyimpang jauh pulak ya..huhu!
well..ni antara ragam manusia juga kan..
papun,sy tahu yg sedang membaca pun dpt rasa apa sy rasa..
tak kisahla ttg ibu or bapa anda..atau ttg ragam manusia yg anda jumpa setiap hari,baik yg sntsa sama atau berubah2..jumpa yg baru..
ataupun ttg kuasa Sang Pencipta yang telah menciptakan segala-galanya dengan penuh agung..Allahuakbar!

Tiada rasa secukup alhamdulillah..
Tiada pujian seindah subhanallah..






Wednesday, January 26, 2011

Salam semanis bicara..

Assalamu'alaikum warahmatullah..

A spontaneous blogging (^^)

Lama sy x update blog..well,skrg dah masuk mggu ke-3 sy menjalani latihan mengajar@praktikum di SK Sri Gaya,Kota Kinabalu..so far so good..even better(^^) insyaALLAH!

Benarlah ungkapan kata ini : " Semua perkara ada hikmah disebaliknya.."
Kita hnya merancang,tp ALLAH lah yg tentukan segalanya..
Alhamdulillah,sy dan rakan praktikum x punya masalah untuk berada di sekolah yg kami ditempatkan.Walaupun pada mulanya,kami berasa tidak berpuas hati kerana last minute tukar penempatan sekolah..su'uldzhon pada pensyarah sbb sengaja nk bg cabaran pada kami utk ke sekolah ni.Untuk pengetahuan,SK Sri Gaya adalah salah sebuah sekolah cemerlang kluster.It's an elit school! Well,boleh la di panggil elit coz rata2 murid2 yg bersekolah d cn adalah anak2 org kaya,anak2 pegawai n etc..but ada gak anak2 orang biasa..(^^)

Sebelum ke skolah ni,banyak yg bermain d fikiran..fikir yg x elok dahulu.haha!
But,we tried 2 accept it! Mengalah dgn situasi dan berusaha menganggap ia sbg cabaran!
Well now!
Actually,this school are just the same with others..nothing different except the tittle : "Sekolah Cemerlang Kluster " Sekolah pertama d Sabah yg catat kecermalangan seramai 45 orang (if not mistaken) yg dapat 5A's dalam UPSR! I'm proud 2 be here!
Now,cabaran besar menanti sbb guru pembimbing start cuti bersalin tomorrow! She's so kind n have shared a lot i think b4 she lefted,even its only 4 3 weeks we had been together. Semoga ALLAH merahmati beliau dan dapat bersalin normal,dipermudahkanNYA! Amin..(^^)

Maybe after this i'll talk about my pupils plk(^^) macam2 ragam..I love them!!


Neway,there's something bothering me..sesuatu ttg sifat manusia..nantilah(^^)

Well..4 those who's been owez checking out my post,thanx so much! Rajin2,datang2 lah lagi..haha! And give comment..(post x byk,cmna nk komen plk kan..)
See you soon..(^^)

Strive 4 mardhatillah!!!

Berakit-rakit ke hulu,
Berenang-renang ke tepian,
Bersusah-susah dahulu,
Bersenang-senang kemudian,
Ingatlah duhai hati yang satu,
Usaha itu tangga kejayaan..





Thursday, December 30, 2010

Hari Raya Aidiladha 2..


Dalam perjalanan..
“Ko tau x cmna nak solat sunat raya haji ni?”
“tak tau..”
“ko tak tau?aku pun xtau..aku x penah ag g solat sunat raya haji..solat sunat hari raya pun aku jarang pegi nie..”
“ko ingat aku cmna?sama la..”
“tu r..mcm biasa,pompuan sllu duk umah je pagi raya..jarang nak g masjid sbb nak prepare itu ini..”
“sama la tu dgn aku..”
“abes tu,cmna nie..xpe,pegi je la..”

Kelihatan wajah adik2 yg sering bersama mengimarahkan surau yg disayangi itu.. tak ramai muslimat golongan guru pelatih seperti kami..yang ada adalah makcik-makcik dan anak-anak mereka dari kejiranan sekitar IP..itupun masih tak ramai..
“Adik tu ada..”,desir hatiku.

“Tu,g r tanya dia..cmna nak solat sunat raya nie..” cadangan sang sahabat yg ku kira seperti arahan agar aku cepat dapatkan cara untuk laksanakan solat sunat itu.
“Eh,xmo la..maluuuu...hehehehehe..”,aku menjawab dengan tersengih2.
Laungan takbir masih bergema.Aku dan sang sahabat duduk bersebelahan sang adik.Terlebih dahulu aku bersalaman dan memeluknya..
“Bila flight balik kg?”tanya aku pada sang adik.
“Tak sure ag akak..”jawab sang adik.
Kami pun diam sambil bibir terkumat kamit mengucap takbir.Hatiku sedikit gemuruh memikirkan kaifiat solat sunat yang bakal dilaksanakan sebentar lagi.Ku lihat wajah sang sahabat.Wajahnya juga menggambarkan hal yang sama.Tiba-tiba,laungan takbir berhenti.Sang ustaz memberikan sepatah dua kata sebelum solat sunat dijalankan.Setelah beberapa ayat menuturkan salam kesyukuran,sang ustaz berkata..
“..kaifiat solat sunat hari raya aidiladha ialah...”
Dengan serentak,aku berpandangan dengan sang sahabat..masing2 menuturkan senyuman yang hanya diri kami sahaja yang tahu makna tersirat.Sambil menadah tangan,bibir kami mengucap syukur yang teramat sangat..alhamdulillah! Segala puji hanya bagi-Mu Ya Allah!
Oleh kerana jemaah yang sedikit,dua saf sahaja yang terbina..aku dan sang sahabat mengambil tempat pada saf yang kedua,berdiri bersebelahan..
‘”Sahaja aku solat sunat aidiladha 2 rakaat mengikut imam tunai kerana Allah Taala..”
Allahu akbar..
*************************************************************************************************
Hatiku menjadi sayu..terharu dengan kebesaran Tuhan Yang Satu..Ya Allah,betapa jahilnya hambaMu ini..betapa ruginya daku..betapa daifnya daku..airmata seakan hendak mengalir laju..namun mata cuba bertahan agar x melepaskan titisan airmata itu..jatuh berderaian di situ..Syukurnya aku Ya Allah..atas segala nikmat yang telah Engkau berikan..Pandanganku kabur..airmata penuh bergenang..suatu penyesalan bercampur kesyukuran terbuku di dalam dada..
Penyesalan..tentang kedaifan diri sebagai hambaNya..airmata itu tandanya..
Kesyukuran..tentang peluang dan kasih sayang yang dianugerahkanNya..airmata itu tandanya..
Ku cuba seka airmata itu dengan rasa kesyukuranku..hatiku gembira kerana masih diberi peluang dan kesempatan..merasa nikmat menjadi hambaNya..
*************************************************************************************************

To be continue..

Ku hamparkan..
Seluruh isi taman hatiku..
Semaian rasa syukur atas segala nikmat-Mu..
Betapa besarnya anugerah..
Menjadi hamba pada Sang Pencipta..
Berbekal segala doa dan usaha..
Menghampar seluruh jiwa..
Mencapai mardhatillah.. 
Agungnya kebesaran-Mu Ya ALLAH!



Thursday, November 25, 2010

Hari Raya Aidiladha 1..

Betapa kerdilnya diri hamba-Mu ini Ya Rahman..

Syahdu ku rasakan..
Tatkala diri menghadap-Mu Tuhan..
Hinanya diri ini..

Terasa..
Betapa ruginya..
Betapa bodohnya..
Betapa daifnya..
Hamba-Mu ini Tuhan..
Seandainya diri ini x ku gagahi..
Melangkah ke rumah-Mu..
Merai hari bahagia..
Merai kemenangan bersama..
Moga airmata yg mengalir..
Adalah tanda setulus rasa penuh keinsafan..


Bercerita ttg hari raya aidiladha..
Hati pernah bertanya..apakah sebenarnya sbb utk meraikannya?
Bukan kerana tidak tahu apa makna d sebaliknya..namun persoalan timbul tatkala hati mencari nilai aidiladha dalam jiwa..
Hati bertanya..apa sebenarnya yg perlu dilakukan? 
Bagaimana sebenarnya hendak meraikan hari bahagia ini?
Sama kah seperti hari raya aidilfitri?
Akal ligat mencari jawapan..

Ceritera :


Pagi yg indah itu..aku bangun..agak lewat mengerjakan solat subuh.Usai solat,hati berkira-kira.."nak pergi ke x ni...hmm"..Namun,kaki melangkah mengurus diri setelah menyiapkan pakaian yg hendak dipakai.."pakai jubah je la..mcm selalu..nk pakai baju kurung,bukan raya sangat pun..g surau je"
Ku dengar ada bunyi dr bilik sebelah..ku kira itu sahabatku.."dah bangun kot..ok la tu.."
sambil menyiapkan diri,ku memanggil nama sahabat smbil bertanya.."dah bangun ke?"..suara menjawab,"baru je bangun.." 
Hati berkata, " alamak,kalau baru bangun,lambat r ni..suara ustaz dah kedengaran bertakbir dr surau tu.."
Ku biarkan..sang sahabat pun cepat2 mengurus diri..
"Dah siap ke?".."Belum..xda wat pa gak kan kat surau?"..
"Ada,bertakbir..pastu solat sunat hari raya.."
Hati ku sedikit geram krna jam dah menunjukkan waktu yg ku kira sudah agak lewat dr apa yg aku rancang..namun,aku tggu juga sahabatku itu kerana aku jarang sekali berenggang dgnnya jika hendak ke surau..
Mataku asyik mengarah ke arah jam tangan..sudah lewat ni wahai sahabat..x sempat kita bertakbir bersama jemaah lain..hmm..
Aku berdiri d tangga..cuba memikirkan perkara indah..geram ku tadi hilang tatkala bibir menguntum senyuman..ini hari bahagia..apa salahnya berkorban masa..bukan lari tempat yg di tuju itu..
"sahabat! dah siap ke?" aku bertanya dari luar pintu..
"Eh,ko tggu aku ke?"..masyaAllah! ku cuba mengukir senyuman.."Na'am wahai sahabat!"
Hatiku ketawa kecil..gembira sebenarnya kerana pagi itu aku berjaya memulainya dengan husnuzhon..setiap benda yg berlaku pasti ada hikmahnya..sahabatku itu tiada salahnya..mungkin aku yg lewat memberi kata muktamad ttg hajat hendak ke surau..atau aku yg lupa utk tolong mengejutkan dia pagi tadi..x mengapa..kerana dia sahabatku!

Siap!

Sang sahabat sudah siap.Dua pasang kaki bergegas melangkah ke surau..
Fuh..sampai akhirnya..hnya 3 minit aja utk sampai..
Jemaah muslimat kurang..ku kira ramai yg sudah pulang ke kg halaman..atau pulang ke rumah kerana hari itu hari cuti buat semua..
Ku lihat,50% darinya adalah org luar + pensyarah..ya lain adalah muslimat yg sentiasa wajah dan hatinya terarah pd rumah Nya..para muslimat@sahabat yg sntiasa berkongsi ilmu dunia akhirat..yg sama2 mendoakan kebahagiaan..menuju mardhatillah.. 
~To be continued..