Wednesday, June 22, 2011

Ubat Penyakit Takbur

Imam Al-Ghazali ada mencatatkan lima cara untuk mengikis sifat takbur dalam diri iaitu :

  1. apabila bersua dgn kanak-kanak,anggaplah dia lebih bersih dan mulia daripada kita kerana belum mempunyai dosa berbanding diri kita.
  2. apabila bersua dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia lebih lama beramal ibadah kepada ALLAH.
  3. apabila bersua dengan orang alim,anggaplah beliau lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang beliau ketahui tetapi kita belum mengetahuinya.
  4. apabila bersua dengan orang jahil,anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia melakukan dosa disebabkan kejahilannya,  sedangkan kita berdosa tetapi memiliki ilmu.
  5. apabila bersua dengan orang kafir, katakanlah dalam hati bahawa suatu hari nanti mungkin dia akan insaf dan memeluk Islam. maka semua dosa yang dilakukan sebelum Islam akan diampunkan oleh ALLAH SWT sedangkan kita yang telah Islam sejak lahir terus menerus melakukan dosa..banyak mana dosa dan pahala tidak mampu kita pastikan.
May ALLAH owez bless us!
strive 4 mardhatillah..

No comments:

Post a Comment